Senin, 28 Januari 2013

... Susahkah Menjadi Wanita IslAM ...

”. Lihat saja peraturan dibawah ini : dan PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn perempuan jalanan.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggung jawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggung jawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…
Demikian sayangnya Allah pada wanita, kan? ALLAH Maha Adil Lagi Maha Bijaksana..Setiap apa yg ditetapkan penuh dengan hikmah..Fikirkan, renungkan, n bersyukurlah..
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil? Berbahagialah menjadi
seorang Muslimah!!!^_^

Tidak ada komentar:

Posting Komentar